Rabu, 13 Oktober 2010

anak anda nakal??

anak korang bagaimana? rsnya majoriti anak dibwh usia 6 thn mmg sukar diramal kenakalannye kan. anak2 aku wpun gegurl tp ttp nakal. aku ni kategori mama yg garang dan tidak sabar. blh dikatakan hr2 aku naik angin..bkn x sayang wooo..syg bangat kt anak2 tp aku ni susah nk kontrol amarah..bila anak tido mula la sayu nengok muka anak yg suci murni tu..huhuhuhuhu.. aku ader terbaca entry cara menangani anak nakal..

sini aku notekan yg penting2 jer...

  1. sifat anak-anak pada usia bawah 6 tahun sangat-sangat dipengaruhi oleh apa yang dilihat dan didengar pada setiap hari. HMM..NIE AKU KENA KAJI & TENGOK BALIK
  2. menjauhkan anak ini daripada individu-individu yang memberikan pengaruh negatif kepada sifatnya. NIE AGAK SUSAH SKET LA KAN NK WAT. KITA KERJA MCM MN NK PANTAU 24 JAM
  3. setiap sifat yang terbentuk dalam diri anak-anak pada usia 0-6 tahun akan dibawa seumur hidupnya. HUH...NAUZUBILLAH..KENA JAGA BEBETUL NIH
  4. anak-anak banyak sekali mencontohi dan meniru sifat ibubapa. Sekiranya ibubapa telah memberikan sifat negatif (secara sedar atau pun tidak), maka ibubapa tidak ada pilihan lain melainkan membuat sedikit inisiatif untuk BERUBAH. MMG AKU PATUT BERUBAH DEMI ANAK2.
  5. menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibubapa memarahi mereka, maka semakin kuat lah pemberontakan mereka. YA ALLAH..KAU BERIKAN AKU TAHAP KESABARAN YG TINGGI DLM MENDIDIK ANAK2. AKU TERLALU KERAS DGN MEREKA. YG NYATA SKANG ANAK AKU MMG NMPAK SGT DH LALI DGN KEMARAHAN AKU.
  6. jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak, dakap anak, peluk anak, cium anak, sayang anak, dudukkan anak di atas pangkuan, dan berilah nasihat secara HIKMAH. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat tadi adalah salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi. KENA PRAKTIKKAN CARA NIE
  7. carilah peluang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak. AKU JARANG SKALI AMIK PELUANG NIE
  8. Takutkan mereka dengan azab Allah dan gembirakan mereka dengan ganjaran yang Allah sediakan untuk anak-anak yang soleh
  9. terus lakukannya dengan istiqamah dan terus panjatkan doa kepada Allah swt dengan keyakinan yang kuat bahawa suatu hari nanti pasti anak ku akan berubah. 
  10. Yakinlah wahai ibubapa, setiap ciuman yang diberikan kepada anak dan sekelumit kesabaran dalam mendidik mereka, mempunyai NILAI yang sangat besar di sisi Allah swt
* credit to anakku solehah.com

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan