Ahad, 27 Februari 2011

BEREBUT HARTA PUSAKA

Perebutan dan pergaduhan adik beradik disebabkan oleh tanah pusaka sudah begitu sinonim dengan masyarakat Melayu. Di mana-mana dan bila-bila masa kita selalu sahaja mendengar berita dan cerita yang sama. Isunya ialah pergaduhan kerana harta dan perebutan tanah pusaka peninggalan orang-orang tua yang sudah pun meninggal dunia.

Semuanya kerana harta.
Talian persaudaraan menjadi buruk dan boleh terputus kerana perselisihan dan pertengkaran mengenai siapa yang lebih berhak terhadap harta dan tanah pusaka. Hakikatnya Islam telah datang menyelesaikan masalah mengenai warisan harta apabila Allah swt telah mengajarkan kepada rasululullah salallahualaihiwassalam berkait pengurusan pusaka kematian di dalam al-Quran.

Allah swt telah menyebut yang bermaksud :
“Bagi orang laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan.” (An-Nisa : 7)

Manakala nabi salalallahualaihiwasalam juga pernah bersabda daripada Ibnu Abbas ra dengan sabdanya yang bermaksud : "Hendaklah kamu membahagi-bahagikan harta (pusaka) di antara ahli waris itu berdasarkan Kitabullah.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Membahagikan harta menurut panduan Al-Quran dan As-sunnah ialah suatu kewajipan sebagai amanah daripada Allah swt dan sebagai bukti keimanan manusia kepada keadilan Islam. Hal ini juga merupakan salah satu perintah yang termasuk dalam ayat-ayat yang mewajibkan manusia berhukum dengan hukum Allah swt.
Malangnya, dalam masyarakat kita hari ini khususnya orang Melayu, pembahagian harta pusaka tidak dilakukan secara telus dan adil mengikut hukum syarak sebaliknya dipengaruhi oleh unsur-unsur penipuan dan penyelewengan. Hal ini terjadi kerana didorong oleh sifat tamak, dengki dan penyakit hati yang dikaburi oleh kemewahan harta dan kecintaan kepada dunia yang menyebabkan manusia lupa kepada azab dan janji-janji seksa bagi mereka yang melanggar amanah dan perintah daripada Allah swt.

Allah swt berfirman yang bermaksud :

“Dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dan yang bathil), Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan. Jangan (berbuat demikian). apabila bumi digoncangkan berturut-turut, Dan datanglah Tuhanmu; sedang Malaikat berbaris-baris. Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia, akan tetapi tidak berguna lagi perbuatan mengingat itu baginya.” (Al-Fajr : 19-23)

Daripada Abdullah bin Umar ra yang berkata secara marfu yang bermaksud : “Sesiapa yang mengambil tanah orang lain tanpa hak walaupun sedikit maka dia pasti akan ditenggelamkan dengannya di hari kiamat sehingga ke tujuh lapis bumi.” (Riwayat Bukhari) 

Begitu juga dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ya’la bin Murrah ra bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : “ Sesiapa yang menzalimi orang lain dengan mengambil tanahnya walau sejengkal maka nescaya Allah akan membuatkan dia menggali tanah tersebut dan dalam riwayat yang lain menyebut : “Tanah itu akan dihadirkan sebanyak tujuh lapis bumi yang dalam lalu dibebankan kepadanya pada hari kiamat sehingga seluruh manusia diadili.” (hadis riwayat Tibrani)

Pada hari ini orang menyangka kecerdikan menipu dan memperdayakan termasuk sebagai sebuah kemahiran yang dibanggakan konon dapat membawa keuntungan duniawi tetapi mereka lupa bahawa yang tertipu dan terpedaya sebenarnya ialah diri mereka sendiri.

Syaitan telah menjadikan tanah pusaka sebagai alat untuk menjadikan manusia saling bergaduh, memutuskan silaturrahim dan perhubungan darah yang sepatutnya terikat utuh dan kukuh. Akhirnya manusia yang tamak itulah yang akan menjadi bahan bakar api neraka.

Dalam masyarakat kita bukanlah perkara yang ganjil dan pelik perbuatan menipu dalam persoalan harta khasnya yang melibatkan urusan tanah pusaka. Betapa ramai orang yang mengubah geran, jumlah tanah dan ada yang sampai menukar nama pemilik tanah kepada namanya sendiri demi tamakkan harta.
Nabi salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Allah melaknat orang yang mengubah batu penanda batas tanah.” (Hadis riwayat Muslim)

Ketahuilah wahai saudara-saudari sekalian, sesungguhnya adalah tidak berbaloi berebut tanah pusaka yang akhirnya membawa petaka dan bala bencana serta seksa neraka. Biarlah rugi di dunia kerana tidak mendapat warisan harta asalkan kita terselamat daripada seksa dan neraka Allah swt.
Sesungguhnya syurga itu amatlah nikmat jika dibanding dengan segala harta dan pusaka.

KREDIT TO THIS BLOG

Alfatihah


Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati, tak kira lah muda, tua, cantik dan lain-lain…yang pasti kematian pasti akan menjelma apabila tiba masa dan ketikanya..

Pada jam 9.15am hari khamis 20 January 2011 aku terima panggilan dr ibu. ibu kata kenduri adik x jadi wat. why??...ibu aku kata atok koma.huh!!..terkejut aku. tetiba jerk..ibu kata atok masuk spital smlm. n..aku terus bersiap n balik kpg. harap2 sempat la aku jenguk atok. da lama sgt rasanya aku x jumpa atok. sejak raya.

otw balik. ayah call..nmpak nombor ayah appear kt phone.. aku dh dpt rs something. n lps aku jwp..mmg betul tekaan aku.. atok telah kembali ke rahmatullah lbh kurang kul 12:15 pm. terkedu kejap... INNALILAH..... DR ENGKAU KAMI DATANG DAN KEPADA ENGKAU KAMI KEMBALI.

Buat atok yang ku sayang, hanya al-fatihah mampu ku sedekahkan buat mu, semoga atok ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dirahmati oleh NYA. amin..

Al Fatihah

note: oh ya..atok meninggal sbb kena stroke. stroke yg x lumpuh atau senget mulut...doktor kata stroke ringan. tp merosakan semua organ dalaman. 

Isnin, 7 Februari 2011

ICT Shah Alam

lately ni cuaca mendinginkan badan aku... nk citer pasai g ICT nih.. actually aku p bln 1 hr tu..la ni br sempat nk cerita..korang mesti gelakkan aku kan..ye la..nama jer dok shah alam...dh berkurun ict bukak..aku br nk merasa p skang...

kuar umah lps maghrib..smpai sana que panjang..ingat ka free..rupa2nya kena bayor..1 keta rm10..huhuhuhu...aku nengok byk gak keta dok pusing balik sbb x mo byr parking...maybe dia org nk parking luar jer kot..hubby nk pusing gaks..aku kata x payah la...wat malu jer...keta leh pakai..nk bayor parking rm10 pon x lalu..hehhehehe...lg pon bkn selalu... time ni si kakak layan tido plop..jenuh ayah dia kejut...ye la maner lalu nk dokong...stroller pon x bwk..moh layan gambor kt sana..


budak tecit nie..belagak cm org besor..x mo pegang..nk merayau sorang2

jenuh aku tangkap budak tecit nie...gigit kang br tau!

tangkap gmbor kt luar jerk..dlm nk masuk kena tunjuk tiket rm10 tu..laki aku p tinggal dlm keta plop


pose aper la si tecit ni wat???




si kakak yg kena paksa amik gambor...moody sbb br bangun tido..

mainan yg si tecit pegang tu mlm tu jugak hancusss..dia ni klu ngamuk semua nk dibalingnye..leboh rm10 lagikkk

ARrrGGGhhhh....mALaSnYeeeeeeeeeeeeeee






huhuuhu..betapa malasnya aku nk type...citer byk..tp x tau nk tulis..no idea..so, wat masa ni aku rehat la jap..

p/s: citer2 dlm kpala otak ni -
1. kakak sekolah
2. basikal baru kakak
3. badminton kakak
4. perginya Abdul Mutalib B Lebai Idris
5. citer sampingan yg nk dibincangkan bersama - 
a. pertelingkahan adik bradik??
b. Faraidh @ Amanat?
c. ekonomi diri...
d. hak suami berkahwin lebih...

tungguuuuuu.....

Rabu, 8 Disember 2010

Selamat Tinggal Pn Akma



huh!!...bunyi mcm sedih jer kan...tp mmg pong..dh lama bersama..akhirnya berpisah jua..hr ni last day opismate aku bersama thames..maka tinggal la 2 org permaisuri..hehehe...Pn Akma atau x rasminya we all panggil kak ma dah 10 thn ngan bos..aku br 7 thn...wpun da beralih nama company..bos ttp menten...sayang woooo...staff2 kt sini pon 9/10 otai2....bos best..maner nk carik???...x jmpa tau kt maner2 kawasan @ yg sewaktu dgnnya..ko ader???...

Pn Akma yg tudung labuh tu ye


Semalam we all p makan2 kt orkid thai seksyen 9 s.alam. Semua ada..bebudak kt sarawak jer x dek.. layan jer la gmbr2 kt bwh nie..

big boss tgh pilih menu

mamat2 perasan..hehehehe..

mak aiii...besornye muka aku..

md noor ngan bb dia...

3 permaisuri thames..hahaha


ketam batu tu...lajus jer aku sambarrr

dh kenyang


antara menu pilihan kami...jeng..jeng..jeng..









Ahad, 5 Disember 2010

DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN HIJRIAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

 “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” 
Berikut adalah Doa Akhir Tahun doa-akhir-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun
doa-awal-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

credit to syedas

SeLaMaT DaTaNg 1 MUHARRAM 1432

Alhamdulilah..syukur ke hadrat Illahi kerana aku masih lg mmpu menghirup udara segar hr ini. Moga-moga Allah S.W.T mengizinkan utk aku menjejakkan kaki ke tahun baru esok...
apapun 



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 
1 MUHARRAM 1432



Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.


CREDIT TO WIKIPIDEA